Sunday, January 11, 2009

PERANG YANG MEMBAZIR

Aku selalu berjalan di kawasan piliharaya kecil Parlimen Kuala Terengganu.. Wow aku tengok bnyaknya bendera terpukau aku dek redupan bendera yang memukau itu.. Semangat benar penyokong parti yang bertanding cbuk menampal poster (pejuang katakan), aku terus merayap lagi di bumi Kuala Terengganu dan melihat menifesto parti masing-masing.. Mereka semua secara umum berjuang untuk kepentingan rakyat...Hibanya aku mendengar bakal pemimpin berkata begitu, aku terus merayap lagi dan bertemu seorang hamba Allah dan aku sembang dengannya aku bertanya dari mana ambik buluh ini untuk memacak bendera, hamba Allah itu berkata mereka ambil kat hulu trg dengan bayaran RM0.70 sebatang......
Aku balik termenung di "gua" aku (rumah kecik aku) terkedunya aku dan aku membuat kesimpulan bahawa perang poster ini adalah pembaziran!!! Baikla duit2 itu di jadikan satu dana untuk memberi kepada orang miskin @ membayar yuran persekolahan anak-anak miskin @ yatim.. Bagi aku jangan la semangat tidak tahu hujung pangkal tetapi biarla berilmu.. Kerana Ilmu itu pusaka para nabi2..