Monday, February 23, 2009

NIKMAT KEAMANAN

Malaysia sebuah negara yang aman dan sentosa, jarang sesekali sesebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa dapat duduk semeja minum teh tari dan nasi lemak itulah uniknya Malaysia walaupun berbeza fahaman politik.. Itulah Malaysia, tetapi berapa ramaikah yang bersyukur tentang nikmat ini? Mungkin kita berasa diri kita sentiasa bersyukur di sebabkan keamanan yang kita kecapi selama ini, jika itu tanggapan kita bermakna tahap kecerdikan kita amat cetek... Kenapa aku mengeluarkan kenyataan begitu? Ini tidak lain kerana aku melihat bukan keamanan menjadi ukuran tetapi masalah sosial yang menjadi ukuran bagi aku.. lihatlah rancangan tv jarang sekali menyiarkan siaran berbentuk agama di dalam waktu prime time tetapi menyiarkan Gang Star, Akedemik Fantasia dan banyak lagi.. Amat kecewa dengan apa yang terjadi, rancangan2 ini adalah satu barah dalam masyarakat kerana tanpa di sedari masyarakat kita akan menjdi rosak di sebabkan candu-candu rancangan ini telah menjadi satu trend dalam masyarakat kita.. Jangan lah Tuhan mengistdrad pemikiran kita kerana akan binasa akhirnya. Lihatlah di Iraq dan Afganistan rancangan hiburan telah menjadi satu punca keruntuhan akhlak remaja.
Cara yang paling baik kita bersyukur adalah mematuhi peraturan-peraturan al-quran dan hadis bukan seperti golongan dayak yang mengekalkan undang-undang rimba sebagai landasan hidup..

Tuesday, February 10, 2009

SEKADAR RENUNGAN

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut pengembara,
Malah menjadi penakluk terkemuka,
Bukankah mereka telah mengembangkan sayap,
Menjadi pedagang dan peniaga,
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang,
Pernakah bangsaku pernah mengharung samudera,
Menjelajah samudera yang tidak di kenal,
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
Yang tidak mengenal erti takut dan mati,
Di manakah silapnya??
(Tun Dr Mahathir)
Renungilah sajaknya sedalam-dalamnya, bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat ada agong di dunia ini tetapi kita yang mengdoktrinkan bangsa melayu adalah bangsa yang lemah dan layu kerana tanpa di didik dengan semangat kenegaraan dengan betul...

KUASA YANG MENGHIBAKAN

Baru2 ini kita telah banyak di kejutkan dengan keadaan politik yang kurang stabil di bumi Perak, kejadian ini bukan lah sesuatu yang amat pelik dalam sejarah politik negara kita tetapi yang menimbulkan kepelikan adalah alat-alat propaganda kerajaan seolah-olah cuba melaga-lagakan parti-parti politik negara ini. Orang yang berkuasa seolah-olah terdesak dengan kebangkitan kuasa Pakatan Rakyat dan cuba di cut dengan kuasa yang ada, institusi Raja telah di pergunakan untuk kepentingan pihak-pihak lain, media pula di jadikan batu api, akhbar pula ibarat minyak yang sedia membakar kayu-kayu api, sentimen kaum pula di api-apikan, orang melayu pula mudah melatah ( salah satu bangsa yang melatah). UMNO pada masa sekarang seolah-olah menjadi hero kepada institusi di Raja... hebat itu lah perjuangan melayu, bak kata pepatah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", Umno sebenarnya lupa mereka pernah mengutuk institusi ini dengan perkataan " Kami Nak Deris Natang", Isu Pertabalan Raja di Kelantan pada 1989 dan kepungan terhadap Istana Arau di Perlis oleh orang-orang Shahidan?? Perkara ini adalah bukti bahawa setiap kuasa mampu mengatasi apa sahaja... Jangan kata institusi Raja di langgar, quran pun pada akhir zaman ini di hina.... Teori persilatan melayu pernah menyebut " makan semasa bergerak" dan teori ini rasanya akan di pergunakan semasa pergolakan politik di negara ini oleh kuasa-kuasa yang lapar terhadap kemakmuran dan kedamaian..