Tuesday, February 10, 2009

KUASA YANG MENGHIBAKAN

Baru2 ini kita telah banyak di kejutkan dengan keadaan politik yang kurang stabil di bumi Perak, kejadian ini bukan lah sesuatu yang amat pelik dalam sejarah politik negara kita tetapi yang menimbulkan kepelikan adalah alat-alat propaganda kerajaan seolah-olah cuba melaga-lagakan parti-parti politik negara ini. Orang yang berkuasa seolah-olah terdesak dengan kebangkitan kuasa Pakatan Rakyat dan cuba di cut dengan kuasa yang ada, institusi Raja telah di pergunakan untuk kepentingan pihak-pihak lain, media pula di jadikan batu api, akhbar pula ibarat minyak yang sedia membakar kayu-kayu api, sentimen kaum pula di api-apikan, orang melayu pula mudah melatah ( salah satu bangsa yang melatah). UMNO pada masa sekarang seolah-olah menjadi hero kepada institusi di Raja... hebat itu lah perjuangan melayu, bak kata pepatah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", Umno sebenarnya lupa mereka pernah mengutuk institusi ini dengan perkataan " Kami Nak Deris Natang", Isu Pertabalan Raja di Kelantan pada 1989 dan kepungan terhadap Istana Arau di Perlis oleh orang-orang Shahidan?? Perkara ini adalah bukti bahawa setiap kuasa mampu mengatasi apa sahaja... Jangan kata institusi Raja di langgar, quran pun pada akhir zaman ini di hina.... Teori persilatan melayu pernah menyebut " makan semasa bergerak" dan teori ini rasanya akan di pergunakan semasa pergolakan politik di negara ini oleh kuasa-kuasa yang lapar terhadap kemakmuran dan kedamaian..

No comments:

Post a Comment